Kerajaan negeri Terengganu akan mengenal pasti lokasi perniagaan sementara untuk 12 peniaga di Kampung Cina selepas kedai mereka musnah dalam kebakaran pada Ahad.<br /><br />Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, ia bagi membolehkan peniaga meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.
